Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Dalam pertemuan bersama 2500 pegawai tentera relawan rakyat di Tehran pagi tadi, Ayatullah Sayid Ali Khamenei berkata, "Bangsa Iran akan melaksanakan tanggung jawabnya dalam mempertahankan golongan yang dizalimi terutamanya bangsa Palestin dalam kancah serta perang sebenar antara kuasa angkuh dan pejuang identiti."
Tegas beliau, matlamat utama kuasa angkuh global ialah membuatkan masyarakat dunia melupakan masalah Palestin dan berkata, "Meskipun kuasa angkuh global sudah banyak bertungkus lumus dengan bantuan negara-negara Arab, namun perjuangan intifadhah Palestin telah lama belangsung."
Menurut beliau, antara taktikal pengalihan isu yang digunakan oleh Barat ialah mengawal liputan media, "Media-media ini menamakan golongan yang mempertahankan buminya yang dijajah dan rumah-rumah mereka dengan lontaran batu sebagai pengganas. Tetapi tatkala membela kelompok yang membasmi kehidupan dan maruah penduduk Palestin, media melaporkan mereka sedang mempertahankan diri."
Menyentuh tentang isu Syria dan Iraq yang dilanda krisis keganasan, beliau berkata, "Kuasa angkuh global membela gerombolan pengganas yang paling jahat dalam dua negara ini. Mereka mahu sebuah sistem kerajaan dibentuk menurut kemahuan mereka."
Soal beliau lagi, "Apakah hak kamu yang tinggal di sudut dunia sana ingin menentukan tanggung jawab penduduk Syria? Setiap bangsa harus menentukan nasib mereka sendiri."